Page 25
Saturday, February 15, 2014 • 11:49 PM • 0 comments
♥♥ ♥♥ ♥♥ ♥♥ ♥♥
“Hidup itu bukan hanya membuat pilihan, bukan setiap saat
harus memilih saja. Tetapi bagaimana kau terus bertahan dengan pilihanmu itu.”
Dan aku memilih untuk berjaya dalam hidup . Berjaya dalam hidup itu dapat kita definisikan dari pelbagai sudut . Dari sudut kejayaan dari segi pelajaran , akhlak , tingkah laku dan pelbagai lagi . Semua manusia inginkan perubahan tetapi hanya sedikit yang ingin berubah . Maka pilihan yang mana kita pilih dapatkah kita bertahan dengan pilihan kita itu ?
Fikirkan . Renungkan . Okay . Back to realiti luahan aku di blog adalah mengenai kehidupan aku . Kehidupan yang aku sendiri pilih . Untuk berjaya dalam hidup . Maka sekarang hampir hampir mid sem exam dan I have a lot of assigment revision to do yet tak study untuk exam lagi . OYYEMMGIII bagaimanakah ? IM DEATH :/ Kejutan bagi diri ini yang sejak azalinya seorang yang pemalu terpaksa melalui pelbagai rintangan cabaran yang tak pernah ditempuh dan tak pernah bermimpi akan menempuh cabaran dan dugaan sebegini . Tapi hakikatnya inilah sebenarnya erti kehidupan sebagai seorang hamba ALLAH , pelajar , anak , insan . Dan kehidupan yang aku pilih ini akan aku lalui dengan kesabaran kesungguhan agar jalan yang aku pilih ini dapat aku bertahan . Yess kata orang jangan berhenti di tengah jalan teruskan teruskan sehingga berjaya . Mungkin pada suatu ketika aku gagal mungkin pada suatu ketika aku berjaya mungkin pada suatu ketika aku jatuh dan hanya satu jalan penyelesaiannya iaitu SABAR . Sabar menempuh segalanya sabar menempuh cabarannya dan ingat akan-NYA . Tak banyak yang ingin aku pinta seperti kalian insan biasa inginkan kejayaan dalam diri yang diberkati olehNYA yang diredhai olehNYA . Dimana ada kemahuaan disitu ada jalan . Bersakit sakit dahulu bersenang senang kemudian . IN SHA ALLAH . DIA ada untuk kita untuk aku dan dia tahu apa yang terbaik untuk kita .
|
NOTES HLOVATE ! Profile
Calendar
SHOUTS
Credits Basecode and helper: Pieqah And Google Edited: MISHER |