DREAM HIGH
Page 24
Thursday, December 19, 2013 • 7:49 AM • 0 comments


                                             

   


Dia seorang manusia, punya hati dan perasaan. Dia seorang pelajar yang sedang mengejar impian hingga ke bintang . Kadangkala ego nya tinggi. Tapi dia masih lagi memikirkan orang lain.Dia aktif, banyak bercakap, kekadang perangai dia menjengkelkan dan juga gila gila. Itu kerana sikap dia yang ingin membuat orang sekeliling dia gembira. Bila dia mula bercakap, memang banyak yang dia bualkan. Ada kadangnya dia bercakap laju sangat sampai orang pun tak faham, tak dapat pikap. Bila dia marah, mulut nya pasti lancang. Dia sedar, tapi dia masih buat. Itu kerana marah menguasai dirinya. Dia terlalu baran, sehingga apa yang dia cakapkan dia terus cakap tanpa memikirkan perasaan orang lain. Dia bersalah. Tapi bila sekali dia sedih, tak ada mood, dia lebih mendiamkan diri, pasti dia merasa ingin menangis. Kalau bercakap, pasti sepatah sepatah. Dan ada kadangnya, dia langsung tidak menjawab pertanyaan orang lain. Bila dia buat muka, dia jadi susah nak senyum. Mungkin dia terlalu emo. Dia minta maaf. Dia sedih, dia kecewa, dia menangis, tiada siapa yang tahu.  Dia lebih banyak memendam daripada meluahkan apa yang dia rasa. Bukan apa. Dia takut jikalau dia luahkan sesuatu perkara, pasti ada yang salah faham. Tapi pada hakikatnya bukan begitu. Dia ingin seseorang menemani dia ketika dia sedih. Temankan dia menangis. Dia tak minta lebih pun. Cuma itu. Tapi masih lagi ada yang tidak mengerti. Tidak mengapa lah. Dia memahami. Yang penting, dia menjadi diri dia sendiri. Dia punyai sahabat. Yang ada ketika dia susah dan senang. Ada kadang nya, dia ingin bergurau dengan teman teman nya. Membuat lawak bodoh dia, tunjukkan perangai gila gila dia. Kawan kawan nya tertawa. Dia pun turut tertawa. Kerana baginya jika teman dia ketawa dengan apa yang dia buat, itu sudah cukup baginya.  Dia cuba jadi sahabat yang baik buat kawan kawan nya. Tapi dia merasakan dia sudah gagal. Dia tidak dapat merasakan nya. Dia tidak putus asa. Dia sentiasa ada buat sahabat nya. Dia tahu, sahabat nya sahajalah yang dia ada. Bagi dia, sahabat dialah adik beradik nya. Teman bergaduh, bertekak, marah marah, sedih, menangis. Dia bersyukur kerana punyai sahabat yang pelbagai kerenah. Namun dia mengerti. Dia punyai sebuah keluarga dan dia sangat sayangkan keluarga nya. Tetapi ada kekadang dia merasakan dia seperti orang asing dalam keluarganya. Punyai adik beradik, sering bergaduh, memaki hamun. Namun, itulah satu adat dalam hubungan adik beradik. Dia memahami. Kadang kala dia tertanya tanya Kenapa hidup tidak seperti di Kaca Tv ?, kenapa hidup tidak seperti di drama drama bersiri ? Yang indah akhirnya yang bahagia tuntasnya ?  Tapi...... tidak mengapalah. Dia manusia biasa. Hamba Allah. Umat Rasulullah SAW. Dia banyak melakukan kesilapan. Dia sedar dan dia cuba berubah kearah yang lebih baik. Salahkah dia ingin menjadi lebih baik dari sebelum ini? Mungkin dia pernah melakukan kesilapan sehingga orang takdapat lupakan. Yaa perangai dia mungkin teruk. Tapi dia cuba untuk berubah. Dia cuba. Lumrah manusia. Sering mengata hal orang tanpa memikirkan hal sendiri. Ada kekadang mereka mengata lebih. Tapi beringatlah, kemungkinan apa yang kita katakan pada seseorang itu dengan berlebihan, pasti akan kena dekat batang hidung sendiri. Masing masing buat silap, tiada manusia yang sempurna di dalam dunia ini. Masih banyak lagi yang dia mahu sampaikan. Tapi cukup sampai disini. Kerana dia tahu. Tiada siapa yang kisah dengan apa yang dia cuba sampaikan ..


NOTES


HLOVATE !

Profile
Calendar


SHOUTS





Credits


Template By: Anna
Basecode and helper: Pieqah And Google
Edited: MISHER