DREAM HIGH
Page 19
Thursday, January 3, 2013 • 9:27 PM • 0 comments



Dari Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Allah lebih suka menerima taubat seorang hamba-Nya melebihi kesenangan seorang yang menemukan kembali tiba-tiba untanya yang telah hilang daripadanya di tengah hutan.”  (Bukhari – Muslim)


ALKISAH :

Setiap orang mempunya potensi untuk menjadi baik kerana mencintai kebenaran itu adalah fitrah manusia.

"Adik-adik, siapa yang menggerakkan hati untuk kamu semua baca tentang artikel-artikel tazkirah, pergi ke web islam, mendengar nasyid, datang ke usrah dan sebagainya? Jawabnya adalah Allah S.W.T jua yang menggerakkan hati-hati kamu semua. Maka jangan disia-siakan segala petunjuk itu," ujar seorang kakak pada sesi perkongsian.

Kita mahu menjadi baik tetapi di mana kesungguhan kita untuk menjadi baik itu?
Istiqamahkah kita pada jalan-jalan kebaikan?
Baik itu bagaimana sebenarnya?
Baik itu adalah apabila kita mula kembali kepada ajaran agama Allah S.W.T. Jika tidak bertudung, sudah mula mahu bertudung. Jika tidak solat, sudah mula mahu belajar solat, dan contoh-contoh lain.
Ada orang kata cukuplah aku menunaikan segala rukun yang ditetapkan.
Jawapan saya, tidak cukup baik.
Kerana anda masih tidak menunaikan hak sesama muslim.
Apa itu hak sesama muslim?
Yakni mencegah kemungkaran dan menyeru ke arah kebaikan.
Jika baik, biarlah baik yang sepenuhnya, bukan baik separuh, jahat separuh.
Bagaimana pula boleh separuh?

Seperti cerita Robin Hood. Hero itu baik, tolong orang-orang miskin yang ditindas. Tetapi jahat juga kerana dia mencuri. Tidak ke lagi bagus si Robin Hood berniaga, kemudian menjadi orang kaya dan menolong orang miskin. Selain itu boleh menjadi ahli politik, kelar dasar orang kaya yang suka menindas. Itu lebih elok dari dia pergi mencuri dan merompak.

Jadi, bagaimana anda yang punya potensi untuk menjadi baik?


ALLAH suka dan terima taubat .
Perubahan diri merupakan suatu penghijrahan yang terbaik.
Sesungguhnya syaitan sentiasa mencari jalan untuk melalaikan ummat nabi Muhammad S.A.W.
YA . dan hamba tuhan ini terasa hina pabila membaca suatu blog.
mungkin hati ini masih belum 100% untuk berubah.

Nabi SAW bersabda:
"Amalan yang paling disukai Allah adalah amalan yang dilakukan secara istiqamah (terus-menerus) walaupun ianya sedikit."
[Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]

Diri terasa kerdil pabila melangkah dunia luar .
Diri terasa hina pabila mengenangkan kisah silam.
hati ini meronta-ronta untuk bertaubat .
mungkin aku tidak sehebat mereka yang mempunyai berjuta ilmu islam didada.
tapi aku cuba untuk berubah .
perubahan yang sedikit-sedikit .
dan sentiasa beristiqamah.
membaca dan memahami islam itu indah .
2013 membawa aku kepada perubahan .
IN SHA ALLAH.
andai aku istiqamah dan kuatkan hati .
mungkin aku boleyh membawa islam ke mata dunia .
doakan aku wahai sahabat.
andai ini jalan hidupku.
aku ikhlas untuk berubah.
                                                                                                               syukran : Wafy Addin

                                                                                                                           


NOTES


HLOVATE !

Profile
Calendar


SHOUTS





Credits


Template By: Anna
Basecode and helper: Pieqah And Google
Edited: MISHER